top of page

MENGENAI KAMI

PERPUSTAKAAN MUHAMMAD AL-FATEH

 

Perpustakaan Muhammad Al-Fateh ialah perpustakaan digital yang dibina berasaskan rumah tradisional Melayu. Pada dinding perpustakaan ini di letakkan maklumat berkaitan dengan Sultan Muhammad Al-Fateh. Para pengunjung akan mendapat maklumat berkaitan dengan Sultan Muhammad Al- Fateh yang menjadi inspirasi kepada pembukaan Perpustakaan Muhammad Al-Fateh.

 

Konsep 3R (ruese,recycle, reduce) yang digunakan pada perpustakaan ini adalah dengan menggunakan barangan terpakai. Keunikan ini dapat dilihat pada bahagian dinding, lantai serta meja didalam perpustakaan ini. Keunikan pada bahagian dinding perpustakaan ialah ia di ambil dari dinding rumah lama tradisional yang terpakai serta terbuang dan di gabungkan menjadikan sebuah dinding yang kelihatan yang klasik. Bukan itu sahaja, atapnya juga dibina seperti rumah tradisional lama iaitu menggunakan atap bata. Manakala lantainya pula diambil daripada kayu papan bowling terbiar. Ini menjadikan perpustakaan kelihatan unik dan kreatif.

OBJEKTIF

 

  1. Untuk menarik minat membaca dalam kalangan para pengunjung tidak kira bangsa, umur serta pangkat untuk menggunakan khidmat perpustakaan ini.

  2. Menyediakan maklumat tambahan untuk membuat perbincangan di kalangan pemikir Islam.

  3. Membina satu rangkaian bahan rujukan Islam yang sesuai digunakan untuk pelbagai lapisan masyarakat.

  4. Mengumpul dan menjaga kandungan kitab dan buku lama untuk digunakan untuk generasi akan datang.

  5. Mempromosikan negeri Kelantan sebagai medium perkongsian ilmu agama Islam.

  6. Mempromosikan negeri Kelantan sebagai tempat pelancongan dan salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan tinggalan sejarah.

VISI

 

Menjadi pusat pengumpulan bahan rujukan untuk kegunaan  generasi akan datang

MISI

 

  1. Memperkaya dan memperkasa masyarakat melalui perkhidmatan perpustakaan yang relevan, mudah capai dan berkualiti tinggi.

  2. Membangunkan prasarana perpustakaan yang lengkap, selesa, kondusif serta terkini bagi memenuhi keperluan masyarakat.

  3. Merealisasikan sebuah pusat pengumpulan koleksi negeri.

  4. Membantu Kerajaan Negeri menurunkan kadar  jenayah dan gejala sosial.

bottom of page